Sunday, November 1, 2009
Kajian Luar PPISMP Semester 3
Wednesday, June 24, 2009
Kepentingan subjek kajian sosial
Hayatilah kemahiran bersosial demi kebahagiaan bersama
Tuesday, June 23, 2009
Ekosistem
Pengajian keadaan tempat kediaman- Haeckel (1869) dari perkataan Greek "oikos" yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.
Kajian yang tepat tentang benda-benda hidup di dalam alam semulajadinya atau saling berhubungan antara organisma dan alam sekelilingnya, pengetahuan dalam semua cabang biologi harus digunakan.
DEFINISI EKOSISTEM
Organisme hidup sebagai komuniti yang berkait dengan cara yang tak dapat dipisahkan dengan alam sekitarnya.Contoh, sebuah kolam, hutan,tasik ait tawar dll tetapi dalam setiap hal , keadaan sekitar dan perubahan di dalamnya mempengaruhi setiap aspek kehidupan organisma yang mendiaminya.Organisme-organisma ini pula sebaliknya mengenakan suatu pengawalan terhadap keadaan-keadaan tempat ia hidup.Setiap ekosistem haruslah dikaji keseluruhannya , dari bahan-bahan yang hidup dan mati, penyaluran tenaga serta perubahan-perubahan yang berlaku di dalamnya.Semua ekosistem akhirnya akan bersatu untu membentuk biosfera dan ekosfera.
Ekologi
Ekologi
Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains").
Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisme dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisme itu sendiri.
Alam sekeliling merangkumi kedua-dua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi -- dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi bertumpu kepada taburan dan jumlah organisme dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisme tersebut.
Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat
i. Dasar Politik
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguat kuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya
Keadaan ini diperkukuh lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii. Dasar Ekonomi
Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah
Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh
Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh
iii. Dasar Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di