Have A Nice Day

Sunday, November 1, 2009

Kajian Luar PPISMP Semester 3

Kajian luar ini telah dijalankan dengan berjaya di Taman Negara Jerantut, Pahang.

Wednesday, June 24, 2009

Kepentingan subjek kajian sosial

Kepentingan Kajian Sosial kepada masyarakat kita.

Hayatilah kemahiran bersosial demi kebahagiaan bersama

Flora

Blogged with the Flock Browser

Alam Sekitar

Blogged with the Flock Browser

Tuesday, June 23, 2009

Ekosistem

Pengajian keadaan tempat kediaman- Haeckel (1869) dari perkataan Greek "oikos" yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.

Kajian yang tepat tentang benda-benda hidup di dalam alam semulajadinya atau saling berhubungan antara organisma dan alam sekelilingnya, pengetahuan dalam semua cabang biologi harus digunakan.

DEFINISI EKOSISTEM

Organisme hidup sebagai komuniti yang berkait dengan cara yang tak dapat dipisahkan dengan alam sekitarnya.Contoh, sebuah kolam, hutan,tasik ait tawar dll tetapi dalam setiap hal , keadaan sekitar dan perubahan di dalamnya mempengaruhi setiap aspek kehidupan organisma yang mendiaminya.Organisme-organisma ini pula sebaliknya mengenakan suatu pengawalan terhadap keadaan-keadaan tempat ia hidup.Setiap ekosistem haruslah dikaji keseluruhannya , dari bahan-bahan yang hidup dan mati, penyaluran tenaga serta perubahan-perubahan yang berlaku di dalamnya.Semua ekosistem akhirnya akan bersatu untu membentuk biosfera dan ekosfera.

Ekologi

Ekologi

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains").

Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisme dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisme itu sendiri.

Alam sekeliling merangkumi kedua-dua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi -- dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi bertumpu kepada taburan dan jumlah organisme dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisme tersebut.

 

Blogged with the Flock Browser